Wednesday, May 16, 2012

Wajah-wajah penembak berlesen di Kajang

Monday, May 14, 2012

Menembak

Hujung minggu aku berpeluang menghadiri sesi ujian dan pertandingan menembak di Kelab Menembak Kajang. Ramai penembak-penembak profesional turut serta. Terdapat juga penembak di kalangan anggota polis. Setiap peserta perlu melalui tiga peringkat ujian yang melibatkan tidak kurang dari 50 butir peluru. Masa akan diambil untuk menembak kesemua target yang ditetapkan. Tidak dinafikan senjata yang boleh diisi banyak peluru dalam satu masa mempunyai kelebihan untuk ujian seperti ini.
Kelab Menembak Kajang
Taklimat kepada peserta sebelum mula pertandingan
Sebagai langkah keselamatan, semua senjata peserta diletak di satu tempat, ambik jika sampai turn menembak
Target point untuk dapatkan cash money
Gaya seorang juara
Macam Mafia

Wednesday, April 11, 2012

Frenchi vs Beretta

Franchi dan Beretta adalah dua jenama terkenal senjata api ringan buatan dari Europe. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing-masing. Kedua-dua shotgun jenama ini biasa aku guna. Cuma sejak kebelakangan ini apabila kampong dah semakin moden musuh tanaman tak sebanyak dulu, penggunaannya banyak kepada aktiviti riadah.

Untuk mendapatkan lesen bagi memiliki shotgun di negara kita agak sukar. Lesen hanya dikeluarkan atas tujuan mencegah musuh tanaman, keselamatan, memburu dan bersukan. Bagi tujuan mencegah musuh tanaman dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan permohonan lese ialah dokumen pemilikan tanah, pemberian kuasa penjagaan tanah, maklumat kerosakan terhadap tanaman, program penanaman semula, kepelbagaian dan jenis tanaman. Selain dari itu pemohon mestilah bersih dari sebarang rekod jenayah, lepas tapisan keselamatan dan sihat tubuh badan. Bagi tujuan menjaga keselamatan diri dan harta benda pula, pemohon perlu mengemukakan dokumen penyata kewangan syarikat dan peribadi yang terkini dan salinan aduan kepada polis mengenai ancaman. Manakala bagi tujuan bersukan perlu mengemukakan sijil penyertaan di mana-mana kejohanan di peringkat tempatan atau antarabangsa mewakili kelab, negeri atau negara. Kelulusan hanya dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara setelah melihat dari berbagai aspek.
Dua jenama yang mempunyai ciri-ciri keistimewaannya tersendiri

Ukiran pada body Frenchi ini menjadikan ianya agak unik, semi-auto ini boleh diisi 5 peluru sekali gus menjadikan mangsa tidak akan terlepas dari sasaran

Beretta terkenal dengan rekabentuknya yang tegap dan hentakan yang padu memberi kepuasan pengguna, amat sesuai untuk aktiviti sukan

Muncung saiz 12 bore ini perlu dibersih setiap kali diguna

Peluru untuk size 12 bore ini mudah dibeli tapi perlu kelulusan PDRM setiap pembelian

Sambil-sambil tenguk kebun kadang-kadang ada rezeki ayam hutan lalu

Saiz ayam hutan ni agak kecil tapi dagingnya padat, kalau buat rendang memang mengancam

Wednesday, March 28, 2012

RDC

Rainforest Discovery Centre (RDC), Sandakan

Aku berpeluang melawat RDC baru-baru ini. Satu tempat amat sesuai untuk dilawati. RDC di Hutan Simpan Kabili-Sepilok merupakan pusat pertama di Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1997 bagi tujuan pendidikan alam sekitar dan rekreasi hutan, khusus untuk menyedarkan orang awam mengenai kepentingan konservasi hutan sekali gus memupuk sikap mencintai hutan di kalangan masyarakat.

Pusat ini dilengkapi Menara Pemerhentian tempat melihat pemandangan RDC secara lebih meluas dan spesies-spesies burung dari atas kanopi yang sukar dijumpai di Semenanjung.

Bagi pencinta alam, inilah tempat yang tidak harus dilepaskan jika berada di Sandakan. Kepelbagaian flora dan fauna memang berjaya menarik perhatian para pengunjung.

Keindahan alam di sini memukau pandangan

Monday, March 26, 2012

Paintball

Hujung minggu baru ni aku berkesempatan bersama staff tempat kerja beriadah di Extreme Park Shah Alam. Penat juga rupanya main paint ball ni, itu pun baru main 500 pellet seorang. Pedih juga kena tembak, tapi memang enjoy.

Sebelum berperang

Marker dah tersedia untuk diguna

Sudah bersedia untuk berjuang

Semangat, yang wanita pun boleh tahan ganas

Serang hendap, nasib baik ada plywood

Sakit juga kena tembak, tapi kena kontrol mancho

Aksi ganas

Kumpulan penembak berani mati

Saturday, March 17, 2012

Mee Udang Punya Cerita

Beberapa hari yang lepas seorang kenalan yang merupakan pegawai kanan di sebuah institusi kewangan menelefon aku

“Hujung minggu ni ada kawan nak datang rumah, boleh tak abang masakkan mee udang kat rumah saya”

“Okay boleh, berapa orang yang nak datang?”

“Tak ramai, lebih kurang 10 orang je”


Aku pun bagitau apa yang perlu sedia.

“Tomato sop nanti abang belikan, kalau suruh engkau cari memang tak jumpa punya”

“OK bang, udang saya dah beli ni kat Kelang, besar-besar. Abang jangan lupa, tolong ye masak petang Sabtu”

“Ye la, Insyaallah”

Hari yang ditetap aku pun pergi rumah kawan ni, pergi dengan mem.

“Ni berapa orang nak datang?”

“Tak ramai bang, kita-kita je, lebih kurang 10 orang”

“Nak goreng satu-satu ke nak buat sekali gus?”

“Buat sekali je la bang”

“ Kan bagus kalau goreng satu-satu, kalau dia orang datang baru masak”

“Susah bang, tak tau masa bila dia orang sampai, mungkin ada yang sampai malam”


“OK la kalau macam tu, kita masak sekali gus, kalau macam tu pegi celur mee dan sawi dulu.

Aku pun mula masak kuah, sekejap je siap. Oleh kerana yang nak datang 10 orang aku pun cuma masukan lebih kurang sekilo udang. Lagi pun bahan yang ada pun cuma untuk 10 – 15 orang makan je. Sampai masa yang ditetapkan, tetamu pun mula datang…. La….. ramai rupanya, mungkin yang yang diajak 10 orang tapi mereka datang dengan family. Aku pun apa lagi, mintak diri…… nasib la
Selak udang nampak mee

Thursday, March 15, 2012

Touch & Go

Aku singgah di station minyak Shell dekat rumah aku untuk tujuan tambah nilai Touch & Go. Sorang pemuda betubuh gempal, berambut panjang bertugas di kaunter. Memang selalu aku nampak pemuda ini kat kaunter di situ. Aku bertanya "Touch & Go boleh reload tak?". Pemuda tu jawab "Tak ada dah! Dah habis".

Seterusnya aku singgah di Petronas tak jauh dari situ. Seorang pemuda tinggi kurus bertugas di kaunter. Aku tanya "Ada tak Touch & Go?". Dia jawab "Tak ada la bang! taktau la bila nak ada"

Aku meneruskan perjalanan dan singgah pulak di Caltex. Seorang gadis putih comel dan tak bertudung dengan senyuman manis bertugas dikaunter. Aku tanya"Ada tak Touch & Go?". Gadis tu dengan lembut menjawab "Insyaallah ada pakcik"

Aku suka jawapan gadis ni, dah tua rupanya aku

Tiga hari aku berkampung di Gambang Resort
hits